KUALA LUMPUR 28 Jun - Sunview Group Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi memberi tumpuan memperkasa dan mendidik masyarakat umum tentang pembangunan mampan.
Objektif MoU adalah untuk bersama-sama melaksanakan kempen kemampanan yang dikenali sebagai '17Shades of Green' dengan melibatkan dan menyokong syarikat perniagaan ke perniagaan (B2B) di Malaysiadalam mencapai matlamat kemampanan masing-masing.
Ini selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 17 (perkongsian untuk mencapai matlamat) serta menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar di negaraini.
YHM akan bertindak sebagai rakan kongsi strategik dan fasilitator dengan pihak berkepentingan berkaitan kempen manakala Sunview akan menjadi penganjur kempen itu dan rakan pembangunan B2B.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunview, Ong Hang Ping berkata, kerjasama strategik dengan YHM akan bertindak sebagai landasan pelancaran untuk kempen yang mana visi mereka sejajar dengan SDG 17, yang menekankan kepentingan perkongsian dalam mencapai kemampanan.
"Kami berhasrat untuk memperkasakan B2B di Malaysia untuk melaksanakan amalan mampan untuk memerangi perubahan iklim melalui peralihan kepada tenaga dan teknologi hijau.
"Ini mewujudkan situasi menang-menang untuk alam sekitar dan B2B yang terlibat kerana mereka berhak mendapat pelepasan cukai hijau sambil memerangi perubahan iklim, yang selaras dengan matlamat yang dicapai," katanya dalam kenyataan media di sini.
(Dari kiri) Ketua Bahagian Pembangunan Projek YHM, Wan Muhammad Hazirim Wan Mustapha; Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Amin Abdullah, Ong Hang Ping dan Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Sunview, Natalie Chew ketika majlis menandatangani MoU antara Sunview dan YHM.