Minggu Sains Negara 2020

Yayasan Hijau Malaysia (YHM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan YHM sempena Minggu Sains Negara 2020. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua para peserta serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kami pada tahun ini.

Diharap penganjuran Minggu Sains Negara yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dapat memberi ilmu berguna kepada para peserta sekaligus menggalakkan penyertaan daripada pelbagai peringkat masyarakat untuk lebih mendalami bidang sains, teknologi dan inovasi.

Berikut kami sertakan senarai pemenang bagi 6 pertandingan yang terdiri daripada :

1. Pertandingan Jurutera Cilik “Membina Model Jambatan”

2. Pertandingan “Challenge of Drone Coding Games”

3. Pertandingan “My Science Experience”

4. YaHijau Science Hunt

5. Pertandingan Mencipta Video Paling Kreatif Bertemakan “Kami Suka Sains”

6. Pertandingan Mencipta Poster Doodle Paling Kreatif Bertemakan “Kami Suka Sains”