(Penyerahan 'mock cheque' daripada Aramco Malaysia kepada YHM)
KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Aramco Malaysia (ARAMCO) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah AS$215,000 kepada Yayasan Hijau Malaysia (YHM).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sumbangan tersebut bagi menyokong inisiatif pendidikan lestari dan tenaga boleh baharu yang dilaksanankan oleh YHM melalui program Green Guardian.
Program Green Guardian adalah sebuah program pendidikan dengan menerapkan konsep hiburan yang menyasarkan penyertaan 20,000 pelajar.
"Syarikat terutamanya syarikat multinasional juga boleh memainkan peranan seperti yang telah dibuktikan Aramco. Asas utama adalah kelangsungan hidup manusia di planet ini.
"Saya ulang, tindakan iklim serta peralihan tenaga adalah tanggungjawab semua pihak dalam masyarakat dan oleh itu semua dengan cara mereka sendiri boleh dan mesti menyumbang ke arah itu,"katanya.
Selain itu, beliau berkata usaha tersebut harus dicontohi oleh syarikat dan badan korporat yang lain dalam menyokong inisiatif pendidikan lestari yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Tambahnya, kerjasama berkenaan mampu memberi impak yang positif kepada pembentukan generasi celik alam sekitar.
Program tersebut kini ditempatkan di Pusat Sains Negara yang dilengkapi teknologi peralatan dengan kesan simulasi untuk mencipta pengalaman pelajaran yang baik. – Berita RTM
(Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap)